Khadijah Md. Dewi dalam satu komennya di status Facebook Ustaz Ahmad Dusuki telah mengejutkan ramai pengguna media sosial. Beliau berkongsi pengalamannya mendengar suara orang ramai yang menyebut nama Allah dan mengerang kesakitan ketika beliau membaca Al-Quran untuk disedekahkan kepada penumpang dan anak kapal pesawat MH370. Printscreen seperti dibawah:
Dalam status itu juga, Nar Biel Belikov dalam komennya turut memberitahu pengalaman isterinya yang bermimpi akan terhempasnya sebuah kapal terbang.
Selain mendapat "likes" yang banyak daripada pengguna Facebook, komen itu turut mendapat respon negatif kerana dianggap kelak memberikan harapan palsu kepada keluarga mangsa.
Mungkin ada benarnya teguran yang dibuat memandangkan perakuan seperti itu sememangnya tidak memberi apa-apa bantuan kepada misi mencari dan menyelamat.
Sumber: penpatah