Wednesday, July 9, 2014
Abang Rog*l 2 Adik Perempuan Bergilir-Gilir Dalam Bilik
Dalam kejadian terbaru Ahad lalu, mangsa bersama kakaknya yang sedang tidur di dalam bilik sekali lagi didatangi abangmereka sebelum lelaki itu bertindak memperkosa kedua-dua mereka.
Ampang : Seorang abang sanggup menjadikan dua adik perempuannya sebagai hamba seksnya di rumah mereka di Taman Ukay Bistari.
Malah lelaki berusia 30-an itu turut mengugut kedua-dua adiknya itu yang berusia 20-an supaya tidak menceritakan perbuatan terkutuknya setiap kali merogol mereka jika tidak mahu dibelasah lebih teruk.
Lelaki itu dipercayai merogol adiknya seorang demi seorang di bilik tidur berasingan.
Mangsa yang tidak tahan diperlakukan seperti itu akhirnya nekad membuat laporan polis, kelmarin.
Sumber berkata, ketika mangsa cuba menjerit meminta tolong, suspek yang berang terus menampar muka mangsa beberapa kali sebelum membelasahnya.
“Selepas puas memperkosa mangsa, suspek mengugut supaya mereka tidak menceritakan perkara itu kepada sesiapa sebelum dia keluar dari rumah,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah mengesahkan kejadian itu dan suspek sudah ditahan di kediamannya kira-kira jam 3 pagi kelmarin.
Menurutnya, suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Popular Posts
-
Puting Yana Samsudin Tertonjol Dalam Salah Satu Babak Adnan Sempit 3 Mungkin anda terlepas pandang sesuatu bukan? ini membuktikan yang a...
-
Memang pelik kejadian ini dan tidak nampak sedikit pun tanda ia gambar photoshop dan tiada faedahnya sesiapa pun mahu membuat hoax news d...
-
Menerusi page Rotikaya, sekeping gambar Lisa dan Fazura di muat naik oleh admin page tersebut mencetuskan kontroversi para peminat mereka ...
-
Puting Yana Samsudin Tertonjol Dalam Salah Satu Babak Adnan Sempit 3 Mungkin anda terlepas pandang sesuatu bukan? ini membuktikan yang a...
-
KUALA TERENGGANU : “Ibu suruh abang merogol saya sebelum saya diserahkan kepada lelaki yg meminjamkan wang kepadanya,” kata wanita yg hanya...
-
Kurang Ajar di dalam Agama Islam? Kurang Ajar hanyalah di dalam Bahasa Malaysia, penulis menerima gambar ini di dalam email penulis,