Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Friday, July 4, 2014

MKL Crimedesk | ATIP Selamatkan 70 GRO Dari Perdagangan Pekerja Seks

3 Julai 2014 - Puchong, Kuala Lumpur. Kemeriahan sebuah pusat karaoke keluarga yang rancak dengan pergerakan keluar masuk pelanggan terutamanya kaum lelaki rupanya ada udang disebalik batu.


Tuesday, June 24, 2014

KERETA TERBANG !!! KERETA SATRIA NEO TERJATUH DARI JAMBATAN SETINGGI 15 METER (13 GAMBAR)



CHUKAI: Kereta Proton Satria Neo yang dipandu oleh seorang pemuda terbabas sebelum terjatuh dari Jambatan Bukit Kuang setinggi 15 meter petang tadi.

Kenaikan Elaun Naik 2015 Kakitangan Awam? Syaratnya, Kerajaan Mahukan RM27 Bilion Setahun Melalui Cukai GST!!




Kenaikan Elaun Naik 2015 Kakitangan Awam penjawat awam : Suka atau tidak, bersedia atau tidak GST Malaysia tetap dilaksanakan bermula 1 April 2014. Melihatkan kata-kata Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah yang mengatakan kenaikan harga barang, kos sara hidup seklaigus inflasi negara bakal berlaku, Datuk Seri Najib tampil dengan idea dan cadangan bagi meringankan beban kos sara hidup sebilangan rakyat

Friday, June 20, 2014

Jualan Proton Tahun 2002 : 214,985 Unit VS Tahun 2013 : 138,730 Unit. Pengerusi Proton Mohon Sokongan Rakyat Malaysia!




Ibarat lagu popular lagenda seniman tanahair, Allahyarham Tan Sri Sudirman Haji Arshad iaitu “Merisik khabar”. Di mana bait-bait lagu “terkapar-kapar ku kelemasan” cukup sesuai dengan situasi Proton hari ini. Terbaru…

Thursday, June 19, 2014

Dendam Amerika Terhadap Mahathir



Kejayaan merampas semula Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope, kemudiannya disusuli pula kejayaan Mahathir mengambilalih Carcosa Seri Negara yang telah diserahkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kepada British. Semuanya bermula pada 11 September 1982 apabila wakil Wanita UMNO, Rahmah Osman menyuarakan dalam Perhimpunan Agung UMNO Ke-33.

Wednesday, May 21, 2014

Cerita Politik La Pulak


Macamana la agaknya jawapan depa kalau ada pengundi yang tiba-tiba ada makcik Umno tanya depa berkenaan isu aurat tu, perayu undi dengan pakaian sampai tahap pakai purdah tapi berkempen untuk Dyana Sofya wanita Islam jadi calon DAP PRK Teluk Intan yang tudung pun tak pakai.

Wednesday, May 14, 2014

Isu Kontroversi Video Terbaru Namewee Kutuk Menghina Islam & Para Menteri Di Malaysia?

Blog hiburan Mohdrohaizad.com terkini dikejutkan dengan aksi kutuk hina artis rap Namewee yang menyokong Alvin Tan dan Vivian Lee serta menghina para menteri Malaysia! Apa yang kerajaan berani buat terhadapnya? Namewee bebas bersuara malah bebas menghina kutuk orang, agama, menteri dan negara sendiri. Selepas ini Namewee hendak hina apa lagi? Tiada cara lain ke hendak bersuara Namewee? Selepas ini kalau kerajaan berdiam diri bermakna penulis anggap kerajaan memang penakut dan pengecut dengan Namewee. Si Chetz atau Maznah Yusof kena tahan disebabkan berhari raya dengan anjing, inikan pula yang lantang kutuk menghina sesuka hati..


Video Terbaru Namewee Hina Para Menteri
Video Namewee Hina Para Menteri

Monday, May 12, 2014

Timbalan Ketua Pemuda UMNO dakwa 'wartawan Cina' kurang ajar?

Timbalan Ketua Pemuda UMNO dakwa 'wartawan Cina' kurang ajar?



Insiden wartawan tercedera dalam perhimpunan anti-Lynas di Pulau Pinang semalam meletus akibat provokasi dan penampilan mereka sendiri, yang digambarkan mengambil sikap memihak, dakwa Pemuda Umno setempat.

Friday, May 9, 2014

Kempen Hentikan Berak Di Tempat Awam Di India Sumber : Kempen Hentikan Berak Di Tempat Awam Di India

Kempen Hentikan Berak Di Tempat Awam Di India

Kempen Hentikan Berak Di Tempat Awam Di India

Kempen Hentikan Berak Di Tempat Awam Di India | Perbuatan penduduk India membuang air besar di tempat-tempat awam menyebabkan beberapa badan bukan kerajaan mengambil tindakan melancarkan kempen kesedaran.
Agensi berita UPI melaporkan Dana Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) India memperkenalkan maskot kempen tersebut dengan harapan dapat menyedarkan masyarakat India tidak membuang air besar di tempat terbuka.
Maskot dikenali sebagai Mr. Poo itu diperkenalkan melalui video mu*zik bertajuk Poo Party dan berjaya menyaksikan lebih 100,000 orang berikrar akan menggesa ketua kerajaan mereka untuk memastikan In***dia menghapuskan ‘perbuatan’ tersebut.
Menurut UNICEF, lebih 620 juta penduduk India tidak menggunakan tandas dan 28 juta kanak-kanak tidak mempunyai kemudahan itu di sekolah mereka.
Justeru, pertubuhan itu berkata, mereka memperkenalkan kempen Poo2Loo untuk meningkatkan kesedaran di peringkat kerajaan dan masyarakat di negara ini.
“Lebih separuh daripada penduduk India membuang air besar berjumlah lebih 65 juta kilogram setiap hari.
“Jika ia berterusan, keadaan itu akan menyebabkan jangkitan kuman, penyakit dan epidemik.” kata laman web Poo2Loo .
Penyelaras kempen UNICEF itu, Maria Fernandez berkata, keadaan itu berlaku di kawasan pedalaman dan juga bandar.
“Mereka membuang air besar di mana-mana sahaja. Justeru tindakan perlu diambil untuk mengelak perbuatan ini berterusan,” katanya.

Saturday, April 19, 2014

KERJA BODOH APAKAH INI???


Apa la ke BODOH sangat Si Raja Bomoh Sewel ni ye. Kot ye pun dia nak membuktikan bahawa diri dia BODOH, jangan la sampai tahap nak ditayang ke seluruh dunia.

Dah la sebelum ini pun dia dah memalukan Negara dengan aksi BODOH kat KLIA sambil diperhatikan oleh wartawan antarabangsa. Lepas tu, ada hati pulak dia nak tampar orang.

Kononnya, dia nak tunjuk la yang diri dia tu hebat sampai boleh tampar orang sesuka hati. Tapi sampai hari ni, tak de pulak gambar dia tampar orang tu tersebar di internet.

Kot kalau setakat cakap je, baik tak payah. Buat mengabihkan masa je buat gempar tak tentu arah macam tu. Penyudahnya dia malukan diri dia sendiri je.

Sekarang, dia sekali lagi memBODOHkan diri dia ditepi jalan, tempat dimana Si Karpal tu mati dalam kemalangan baru - baru ni. Apa kejadahnya yang dia nak buat?

Dia nak jampi kawasan tu supaya ianya tidak mengundang maut kepada pengguna lain ke? Atau dia sekadar nak curi tumpuan orang ramai dengan cara memBODOHkan diri sendiri?

Sudah - sudah la buat kerja BANGANG ni. Orang kat Malaysia ni pun dah meluat tengok kerja BANGANG yang dibuat oleh Si Raja Bomoh Sewel ni. Cukup la Malaysia ada sorang manusia GILA yang nak jadi Perdana Menteri tu. Tak payah la nak ditambah lagi!!!

Wednesday, April 16, 2014

USTAZ MUSTAFFA KAMAL JAWAB ISU CERAMAH USTAZ DON DANIYAL


USTAZ MUSTAFFA KAMAL JAWAB ISU VIDEO KOMPILASI HADIS PALSU DAN PENDUSTAAN USTAZ DON DANIYAL | Video yang disebarkan Nur Puteri Dayana yang bertajuk KOMPILASI HADIS PALSU DAN PENDUSTAAN DON DANIYAL mendakwa Ustaz Don Daniyal berdusta dan menyebarkan hadith palsu dalam ceramahnya.

Artikel sebelumnya: ISU VIDEO KOMPILASI HADIS PALSU DAN PENDUSTAAN DON DANIYAL
Namun, ia menjadi isu besar apabila terdapat campurtangan dari Wardina Safiyyah yang menegur Ustaz Don Daniyal secara terbuka di laman facebook dan mendapat pelbagai reaksi dari pengguna-pengguna laman sosial.

Apa pula kata Ustaz Mustaffa Kamal?

Jom kita baca.

"Orang bertanya tentang Ustaz Don pada ustaz. Ustaz kata " Ustaz Don lebih alim daripada ustaz. Mengenai cerita yang diceritakan oleh Ustaz Don memang ada dalam kitab2 lama, ustazpun ada baca kisah tu tercatat dalam kisah2 aulia, jangan cepat kata cerita palsu,lagipun kisah2 orang soleh yg utamanya kita ambil iktibarnya.Cukuplah anta cari kitab2 yg dikarang oleh Syeikh Abdul Ar Rahim Fathoni dan Syeikh Uthman bin Hassan.InsyaAllah ada kisah ini dalam kitabnya.Kedua2 ulama ini orang soleh dan nak karang kitab solat taubat dan sunat hajat sbb tu kitab mereka ada barakahnya".
"Ustaz tak berani nak tuduh orang sembarangan apatah lagi ustaz tahu keadaan ustaz yg jahil, Siapa yg kata pada ustaz Don tu, dia tu org alim ke".
Jawabnya "Dok lah malas nak kabar la ustaz".
"Kalau macam tu jgn kabor ke ustaz sbb ustaz tak nak tahu".



Ustaz Don.

Kebelakangan ini banyak diperkatakan tentang Ustaz Don. Ada sahaja cakap-cakap buruk ditimbulkan untuk menjatuhkan kredibiliti Ustaz Don. Terkini, Wardina Safiyyah kononnya menegur Ustaz Don dan menyeru para ulamak untuk menyemak semula apa yang Ustaz Don perkatakan.

Bagi saya, apa yang tersebar sekarang ini tidak lain adalah satu usaha menjatuhkan kredibiliti Ustaz Don kerana beliau sudah mula bercerita tentang akhir zaman. Ada satu facebook bernama Puteri Diyana, pada saya pemegang akaun facebook ini agak jahat orangnya kerana telah banyak kes dia cuba melaga-lagakan ilmuan Islam dalam negara kita. Dahulu ada kes berkenaan para Habaib, sekarang buat kes pasal Ustaz Don pula.

Pada saya, apa yang Ustaz Don sampaikan terutamanya tentang bani Tamim itu adalah untuk memberi kesedaran kepada orang Melayu. Walaupun terjemahan dan tafsiran mengenai Bani Tamimnya itu silap, tetapi Ustaz Don telahpun melangkah satu langkah kehadapan kerana berani tampil dikhalayak dan bercerita tentang akhir zaman dan kebangkitan Islam dari Nusantara. Masih ramai yang belum sedar walaupun sudah banyak peringatan yang diberi.

Lain-lain kesilapan Ustaz Don, pada saya tidak boleh dinilai dgn hanya menonton satu video kompilasi yang dibuat oleh akaun Puteri Diyana itu. Kerana itu adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab setelah mengedit dan mencampurkan banyak video menjadi satu yang mana ia akan melahirkan satu tanggapan negatif terhadap Ustaz Don.

Kepada yang telah terpengaruh... diharap dapat berlapang dada dan lihatlah kembali serta selidiki, SIAPA yang menyebarkannya dan SIAPA yang cuba menegurnya?? Kalau bukan ilmuwan, itu adalah satu usaha untuk memecahbelahkan umat Islam dan harus dijauhi.

Sekian pesanan saya.....

Pesanan ini ditulis setelah banyak inbox dihantar kpd sy. InsyaALLAH akan bertemu Ustaz Don sekitar 2 minggu lagi.

Status Wardina Safiyyah Kecam Ceramah Ustaz Don Daniyal Di Facebook


Wardina Safiyyah kecam ceramah Ustaz Don Daniyal di facebook - Model tudung dan pengacara terkemuka, Wardina Safiyyah meminta para ulama, ustaz dan mufti di Malaysia supaya menyemak semula isi kandungan ceramah Ustaz Don Daniyal kerana dikhuatiri menyebarkan maklumat tanpa rujukan.

Tuesday, April 15, 2014

SAYANG SERIBU KALI SAYANG!!! Akhirnya Ke Lokap Jua.....


SAYANG SERIBU KALI SAYANG!!! Akhirnya Ke Lokap Jua.....
Hmm.....cakap siang pandang-pandang
Cakap malam dengar-dengar......

Aduhai.... Sayangnya harapkan muka aje yang comel molek, tapi mulut dan hati busuk!!!

Kalau dah buat salah, akui dan terima saje akibatnya. Tak perlu la menuding jari dan mempertikaikan kerja orang lain. Apatah lagi untuk menghina dan memburuk-burukkan pekerjaan orang lain.

Takkan la dah lupa kepada slogan " SAYA YANG MENURUT PERINTAH?"

Tahu tak menghina polis atau mana-mana pegawai kerajaan ketika mereka menjalankan tugas adalah satu kesalahan?


Takkan polis trafik tak boleh jalankan kerja dan keluarkan saman bila sesuatu kesalahan dilakukan?Apakah semua polis trafik rasuah? Adakah kerjanya hanya menahan orang tanpa sebab dan memeras ugut untuk dapatkan wang untuk elakkan saman tanpa sebab?

Kalau tak salah kenapa perlu takut? Tak perlu lah marah-marah kalau saman dikenakan kalau benar-benar melakukan kesalahan. Polis pun hanya "SAYA YANG MENURUT PERINTAH". Mereka juga manusia dan punya hati dan perasaan. Jadi, fikirlah dulu sebelum suka-suka nak maki dan menuduh yang bukan-bukan.



Butir Peribadi (Ada yang tidak dikongsikan di sini)

NORITA SALAMAH BINTI ZAMAN,
28 THN,
PEMBANTU ANTIDADAH, AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN (AADK)
BEAUFORT, SABAH
HANDPHONE SAMSUNG S4 DAN PERALATAN KOMPUTER DELL

Ibu Ini Belah Perut Sendiri Untuk Melahirkan Anaknya


smh.com melaporkan bahawa seorang ibu bernama Inez Ramires Perez tinggal di sebuah rumah kabin di pergunungan Mexico Selatan . Kerana tinggal di dataran tinggi , tidak banyak tetangga yang berdekatan dengan rumahnya . Sebahagian besar perlu melalui perjalanan cukup jauh untuk sampai ke rumah jiran lain .



Hari itu , dia sendirian di rumah dengan seorang anaknya berusia 6 tahun , bernama Bonito . Mendadak perutnya terasa sakit dan dia tahu bahawa dia hendak melahirkan . Malangnya , beberapa tahun sebelumnya , dia mempunyai pengalaman buruk soal melahirkan . Anaknya meninggal sebelum sempat dilahirkan akibat kesukaran melahirkan secara normal .

Matahari sudah terbenam beberapa jam lalu . Klinik berdekatan berada 80 km jauhnya dan perlu melalui jalan curam . Suaminya masih belum pulang dan dia tak punya telefon untuk menghubunginya .

Nekad melakukan operasi caesar sendiri

Tepat tengah malam. 12 jam menahan rasa sakit , ibu berusia 40 tahun ini tidak mampu bertahan lagi. Duduk di sebuah bangku kayu yang rendah , dia kemudian mengambil botol arak dan minum beberapa teguk . Dia kemudian mengambil pisau dan mulai menghiris perutnya sendiri sepanjang 15 cm .

Dengan bantuan cahaya malap dari mentol kecil , Inez Ramirez memotong kulit perut , lemak dan ototnya . Dia berhenti sebelum mencapai rahim dan menarik keluar bayi lelakinya sambil menahan rasa sakit . Kemudian, memotong tali pusat bayinya dengan gunting dan pengsan .

Hari itu , 5 Mac 2000 , seorang bayi lelaki yang sihat dan diberi nama Orlando Ruiz Ramirez dilahirkan dengan operasi caesar berjaya oleh ibunya sendiri .

" Aku tidak boleh lagi menahan sakit , " katanya . " Dan jika bayiku mati , maka aku memutuskan lebih baik aku mati dengan cuba menyelamatkannya . Aku berharap dia boleh membesar dan boleh melihatnya dewasa . Aku berfikir bahawa saat itu Tuhan yang menyelamatkan hidup kami berdua .

Dalam keadaan yang sihat

Walaupun tidak ada saksi yang melihat proses melahirkannya , dua doktor yang memeriksa keadaannya dan bayinya sepenuhnya yakin bahawa mereka dalam keadaan baik.

Sebenarnya , Dr . Honorio Galvan dan Dr . Jesus Guzman sangat terkejut dengan apa yang didengarnya . Namun , ini adalah sebuah keberanian terpuji. Proses melahirkan ekstrim ini mendapat perhatian apabila dilaporkan dalam International Journal of Ginekologi dan Obstetrik .

Inez Ramirez meneruskan ceritanya , di mana selepas dia melakukan operasi pada dirinya sendiri . Sekitar satu jam kemudian dia sedar dan membungkus perutnya dengan sweater agar perdarahannya berhenti lalu meminta anaknya untuk mencari bantuan . Beberapa jam kemudian , pekerja kesihatan menemui Inez sedang berbaring menahan rasa sakit di samping bayinya .

Petugas kesihatan itulah yang kemudian menjahit luka sayatan dengan jahitan sepanjang 17 cm dengan jarum dan benang biasa . Dengan tambahan bantuan dari petugas kesihatan lain , kemudian Inez dan bayinya dibawa menggunakan kereta kuda ke bandar dan merawatnya di klinik kesihatan .

Kisah ini adalah sebuah kisah keberanian seorang ibu dalam memperjuangkan anaknya . Sekaligus menunjukkan betapa besar cinta dan pengorbanan seorang ibu . Mari selalu hormati dan hargai apa yang telah dikorbankan ibu untuk kita .

Sunday, April 13, 2014

[Video] Kematian 8 saintis terbaik China. Hanya kematian yang boleh menghapuskan bukti-bukti kejadian..


Kematian 8 saintis terbaik China.
Hanya kematian yang boleh menghapuskan bukti-bukti kejadian..

Allah Bayar Cast Cedera Parah Terjatuh Selepas Mencabul


Seorang lelaki cedera di muka kerana terjatuh dari tingkat tiga ketika dia melarikan diri selepas perbuatannya memecah masuk sebuah rumah flet dan mencabul seorang penghuni yang ketika itu sedang tidur disedari dalam satu kejadian di Jalan Mayang Pasir, Bandar Bayan Baru, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, suspek yang berusia 28 tahun dikatakan masuk ke rumah terbabit sebelum dia cuba mencabul mangsa yang ketika itu sedang tidur di ruang tamu.

Menurut sumber, mangsa yang berusia lingkungan 20-an hanya menyedari kejadian itu selepas berasa tubunya diraba suspek sebelum dia menjerit.

"Jeritan mangsa membuatkan suspek terkejut dan dia cuba melarikan diri apabila melihat beberapa penghuni di kawasan itu tiba di rumah berkenaan.

"Suspek cuba melarikan diri melalui pintu dapur namun dia tidak bernasib baik apabila terjatuh dari tingkat tiga rumah berkenaan menyebabkannya tersembam di simen dan mengalami kecederaan teruk di muka," katanya.-Hmetro

Saturday, April 12, 2014

11 Gambar Rahsia Diego Garcia Yang Ramai Tak Tahu

11 Gambar Rahsia Diego Garcia Yang Ramai Tak Tahu | Sejak hilangnya pesawat MH370 yang membawa penumpang dari Kuala Lumpur ke Beijing, sangat banyak informasi baru yang dipelajari oleh dunia khususnya rakyat Malaysia. Dari sejarah Yahudi

Friday, April 11, 2014

Akhirnya Pengkalan US Diego Garcia Buka Mulut isu MH370


Akhirnya Pengkalan US Diego Garcia Buka Mulut isu MH370 | Spekulasi kehilangan pesawat MAS MH370 sering dikaitkan dengan penglibatan Amerika Syarikat dan Diego Garcia.

Teori pesawat MH370 dikawal oleh teknologi drone, alat kawalan jarak jauh berkeupayaan tinggi AS dan diterbangkan sehingga mendarat di Lapangan Terbang Diego Garcia yang terletak berhampiran Pulau Maldives.

Pihak kedutaan AS di Malaysia tampil menafikan teori berkenaan.

Pihak kedutaan AS menafikan sekeras-kerasnya teori yang mengatakan pesawat itu mendarat di pangkalan tentera udara AS di pulau kecil itu.

Tuduhan itu adalah palsu dan pesawat berkenaan tidak mendarat di situ, kata seorang jurucakap Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur.

“Spekulasi bahawa penumpang MH370, Philip Woods menghantar mesej foto dari Diego Garcia juga tidak benar,” katanya.


Menurut beliau, AS turut menolak dakwaan beberapa orang yang menyaksikan pesawat dengan skim warna seakan sama dengan MH370 terbang rendah di ruang udara Maldives pada pagi 8 Mac lepas.

”Tidak ada petunjuk bahawa MH370 terbang di mana-mana berhampiran Maldives atau Diego Garcia,” katanya.

Berkaitan data, jurucakap itu menambah bahawa ia hanya memberi maklumat atas permintaan dan Malaysia tidak meminta data dari satelit Amerika yang terletak di Pine Gap, Australia.

Jurucakap itu berkata usaha kerjasama Malaysia dan Australia, tujuh kapal Tentera Laut AS bersama 26 negara lain dilakukan berdasarkan kawasan yang dikenalpasti oleh pakar-pakar Malaysia dan antarabangsa..

MAWAR KARIM BERLAGAK.., TUDUNG FAREEDA BAKAL DIBOIKOT.


Didalam Islam, bertudung tu wajib kepada semua wanita bagi tujuan menutup aurat. Tudung juga bukanlah dipakai sekadar untuk berfesyen atau untuk menunjukkan tudung siapa yang paling mahal..

Malangnya, ada pengusaha tudung dalam negara kita ni berlagak dan riak sangat pasal tudung keluaran dorang yang mendapat sambutan orang ramai walaupun mahal..

Dari situ mulalah keluar ayat takbur untuk memperlekehkan ketidak mampuan pompuan lain didalam membeli tudung keluaran dorang..

Rasanya kalau dah kaya sekalipun, tak payahlah berlagak sangat perlekehkan orang lain yang tak mampu nak beli tudung awak tu Mawar oii.. Bukan cantik mana sangat pun tudung Fareeda tu kalau nak dibandingkan dengan tudung jenama lain..


Dan Mawar tu sebelum ni bukan terkenal mana pun kalau tak kerana dia berkahwin dengan sorang artis lelaki tu.. Tak payah nak berlagak lah sebab gua selalu je jumpa Mawar ni dengan laki dia di kawasan sekitar Penang..

Malah sebelum dia kahwin dengan laki dia tu, gua jugak pernah berkerjasama dengan artis terbabit didalam menjayakan satu karnival besar di Putrajaya..

Sebelum ni, Syarikat tudung Fareeda ni dah pernah timbulkan kontroversi pasal kenyataan penjualan tudung dorang tak ada kene mengena dengan agama.. Secara ringkasnya, syarikat Fareeda tu hanya semata-mata menjalankan bisnes tudung sahaja beb.., bukannya untuk menggalakkan muslimah menutup aurat.



Sekarang ni si Mawar tu pulak buat hal dengan kenyataan Bongkak serta Takburnya didalam laman Facebook.. Dorang ni dah kenapa sebenarnya beb? Dah lupa daratan ke atau dah hilang sifat kemanusiaan?

So gua rasa.., dengan kenyataan berlagak dari Mawar tu, bisnes dorang lepas ni mesti "demam" seketika.. Itupun memadailah daripada padam terus kannn...

Harapnya laki Mawar si Fizo tu cepat-cepatlah suruh bini dia mohon maaf kepada semua wanita muslimah di Malaysia ni diatas keterlanjuran dia yang lupa diri dalam Facebook tu... Sekurang-kurangnya, itu boleh tunjukkan Mawar ada sikit rasa rendah diri.. Kalau tak.., tak tahulah nak cakap beb...

(VIDEO) Pelajar Perempuan ‘Seronok’ Diraba Oleh Beberapa Lelaki


Entah di mana silapnya, pelajar perempuan yang masih beruniform sekolah ini seolah-olah merelakan tubuhnya diraba dan diratah oleh beberapa orang remaja lelaki.

Popular Posts