Monday, June 9, 2014
Mayat bayi terapung kisah benar bukan rekaan
Memang pelik kejadian ini dan tidak nampak sedikit pun tanda ia gambar photoshop dan tiada faedahnya sesiapa pun mahu membuat hoax news dengan memalsukan gambar itu dan menyebarkannya. Lihat pula kes kehilangan pesawat MAS MH370 dimana pesawat yg hilang secara tiba tiba dari radar juga membingungkan veteran pilot MAS menurut temuramah di TV3 pada Isnin 10 Mac 2014 malam operasi hari ke 3 dan hari ini hari ke 4. Lagi berita klik sini – MRM Al fatihah
ALOR GAJAH: Jasad bayi yang kelihatan terapung di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang di sini, Sabtu lalu bukanlah gambar palsu menggunakan teknik pengolahan foto, malah penggali kubur yang mendukungnya menafikan melambung jenazah bayi itu.
Semalam, berita muka depan Harian Metro dan web myMetro memaparkan gambar jasad bayi masih utuh walaupun sudah puluhan tahun dikebumikan yang sedang didukung penggali kubur, Abdul Ghani Ibrahim, 70, kelihatan seperti terapungmenjadi viral dengan 45,000 kongsian di laman sosial selepas ada pembaca prihatin membangkitkan ketulenan gambar berkenaan selain ada yang percaya ia kejadian di luar biasa.
Kejadian aneh itu yang disiarkan, kelmarin dirakam menggunakan kamera wartawan sambilan akhbar Harian Metro secara spontan.
Mengulas kejadian itu, Abdul Ghani berkata, dia hanya menatang jenazah bayi perempuan itu ketika kerja mengalihkan tujuh pusara lama terletak di luar kawasan Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang, di sini, Sabtu lalu.
“Tidak mungkin saya sanggup melambungkan jenazah bayi berkenaan dan perkara itu sepatutnya tidak dijadikan bahan pertikaian,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang, hari ini.
“Selepas digali, jasad bayi itu saya kafan dan tatang dengan berhati-hati kerana ia terasa berat dan tidak berganjak sedikit pun dari kedua-dua belah tangan saya sehingga selamat dikebumikan,” katanya.
Menurutnya, dia menatang jenazah terbabit sejauh kira-kira 100 meter untuk masuk ke kawasan tanah perkuburan dan mendakwa terhidu bau wangi pada jenazah itu.
Katanya, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak yang menyalah anggap paparan gambar berkenaan selain menolak kemungkinan ia kesan olahan komputer kerana perkara seperti itu tidak boleh dianggap gurauan.
“Apa yang berlaku adalah kebesaran Allah kerana saya yang menatang jasad bayi itu tanpa memberi kepada orang lain. Tanggapan digembar-gemburkan sesetengah pihak mengatakan ia adalah teknik olahan komputer adalah tidak benar.
“Saya berharap mana-mana pihak yang mensensasikan isu paparan gambar itu mengambil kejadian ini sebagai satu iktibar kepada kita yang masih hidup kerana tiada apa yang mustahil. Allah Maha Berkuasa,” katanya.
Popular Posts
-
Puting Yana Samsudin Tertonjol Dalam Salah Satu Babak Adnan Sempit 3 Mungkin anda terlepas pandang sesuatu bukan? ini membuktikan yang a...
-
Memang pelik kejadian ini dan tidak nampak sedikit pun tanda ia gambar photoshop dan tiada faedahnya sesiapa pun mahu membuat hoax news d...
-
Menerusi page Rotikaya, sekeping gambar Lisa dan Fazura di muat naik oleh admin page tersebut mencetuskan kontroversi para peminat mereka ...
-
Puting Yana Samsudin Tertonjol Dalam Salah Satu Babak Adnan Sempit 3 Mungkin anda terlepas pandang sesuatu bukan? ini membuktikan yang a...
-
KUALA TERENGGANU : “Ibu suruh abang merogol saya sebelum saya diserahkan kepada lelaki yg meminjamkan wang kepadanya,” kata wanita yg hanya...
-
Kurang Ajar di dalam Agama Islam? Kurang Ajar hanyalah di dalam Bahasa Malaysia, penulis menerima gambar ini di dalam email penulis,