Tuesday, June 24, 2014

Kanak-kanak OKU Dirantai Di perhentian Bas


MUMBAI - INDIA. Seorang kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) ditemui diikat dengan rantai besi pada tiang di sebuah perhentian bas di tengah Bandar Mumbai hari ini.

Lakhan Kale, merupakan salah seorang dari 26.8 juta golongan OKU yang dibiarkan tanpa pengawasan dan penjagaan oleh keluarga mahupun pihak berkuasa di India.

Menurut banci terakhir dijalankan pada tahun 2011, jumlah tersebut bersamaan dengan 2.2 peratus dari jumlah keseluruhan rakyat India berjumlah 1.2 billion yang menghuni negara tersebut.

Menurut neneknya, Sakubai, Lakhan mempunyai masalah Cerebral Palsy dan tidak mampu mendengar dan bercakap.

“Semasa dilahirkan, dia adalah seorang bayi yang montel dan sihat, beberapa bulan kemudian, dia mengalami demam panas dan pada satu malam dia diserang sawan.

"Sejak itu, keadaannya tidak pernah sama," ujarnya.

Menjelaskan keadaan Lakhan yang dirantai ditiang perhentian bas, Sakubai berkata, dia tidak mempunyai pilihan lain dan ia dilakukan demi keselamatan kanak-kanak terbabit.

"Dia pekak dan tidak dapat mendengar jika ada kenderaan dating melintas, saya ikat dia supaya dia tidak berlari dan terbunuh di jalan raya supaya dia tidak dapat trafik beliau akan datang. Jika dia melarikan ke jalan raya, dia akan dibunuh," jelasnya lagi.

Menurut neneknya lagi, bapa Lakhan telah meninggal dunia empat tahun yang lalu manakala ibunya dan kakaknya hilang tanpa dapat dikesan.

Sakubai terpaksa menyara hidup mereka berdua dengan menjual mainan kecil dan barang perhiasan di pantai popular di tengah-tengah Mumbai, Chowpatty.

Di himpit kemiskinan, mereka berdua telah menjadikan perhentian bas tersebut sebagai tempat berteduh di mana hanya hamparan sari mampu dijadikan alas tidur dan makanan pula hanya diperoleh dari warung tepi jalan.

Menurut pihak penguasa, SA Jadhav, pihaknya akan cuba mencari pusat perlindungan buat Lakhan kerana pusat eprlindungan yang ada kini telah pun dipenuhi dengan pesakit OKU yang lain.

“Kekurangan pusat perlindungan di Mumbai adalah satu masalah yang serius dan kian meruncing, perlu diberi perhatian oleh pihak kementerian,” katanya ketika ditemui oleh wartawan CNN di sana baru-baru ini.

Popular Posts