Thursday, June 26, 2014
Tanjung Balai, Kampung Nelayan Dan Tarikan Seks
Tanjung Balai, Kampung Nelayan Dan Tarikan Seks
Ketika siang hari, kawasan Tanjung Balai tidak ubah seperti sebuah perkampungan nelayan yang sibuk tetapi selepas malam menjelma, ia berubah dengan pelbagai warna-warni, dek kerana tarikan seks yang ada di sana.
Dengan lokasinya yang hampir dengan Pelabuhan Klang seberang Selat Melaka, ia menarik ratusan orang setiap hari.
Lokasi ‘panas’ itu, menurut laporan The Star online terletak di tebing bahagian barat Sungai Asahan yang mudah untuk dituju dengan bot, menjadikan ia lokasi kegemaran mereka yang bergerak dari Malaysia.
Sebahagian pengunjung tiba di sana dengan menggunakan feri kira-kira lima jam perjalanan dari Pelabuhan Kelang dan sesetengah darinya memilih cara yang dilarang dan kurang selamat iaitu dengan menggunakan tongkang.
Tanjung Balai merupakan pusat transit paling digemari dari seluruh Sumatera untuk ke Malaysia, khsusnya mereka yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah.
Laporan itu memetik seorang warga Indonesia, Ardith, 34, yang berkata kurangnya penguatkuasaan undang-undang menjadikan Tanjung Balai menjadi pilihan mereka yang mahu menjalankan aktiviti haram.
“Di sini semuanya wang, anda boleh dapat apa sahaja yang anda mahu, wanita, dadah atau apa sahaja asalkan ada wang yang cukup,” katanya.
Ketika waktu siang, jalan raya di Tanjung Balai dipenuhi motosikal dan beca manakala nelayan tempatan menjual hasil tangkapan di tepi jalan.
Gudang besar kepunyaan peribadi berdekatan sungai menjadikan jenayah penyeludupan manusia dan barang begitu mudah serta berleluasa.
“Tidak banyak yang pihak polis boleh lakukan,” kata Ardith.
Menjelang malam, Tanjung Balai menjadi hidup dengan ramainya orang lelaki muda memenuhi jalan raya dan bar di sana.
Seorang lagi warga tempatan, Indera, 38, berkata kebanyakan pelancong ke Tanjung Balai ialah dari Malaysia dan Singapura yang mahu mencari seks murahan.
Popular Posts
-
Puting Yana Samsudin Tertonjol Dalam Salah Satu Babak Adnan Sempit 3 Mungkin anda terlepas pandang sesuatu bukan? ini membuktikan yang a...
-
Memang pelik kejadian ini dan tidak nampak sedikit pun tanda ia gambar photoshop dan tiada faedahnya sesiapa pun mahu membuat hoax news d...
-
Menerusi page Rotikaya, sekeping gambar Lisa dan Fazura di muat naik oleh admin page tersebut mencetuskan kontroversi para peminat mereka ...
-
Puting Yana Samsudin Tertonjol Dalam Salah Satu Babak Adnan Sempit 3 Mungkin anda terlepas pandang sesuatu bukan? ini membuktikan yang a...
-
KUALA TERENGGANU : “Ibu suruh abang merogol saya sebelum saya diserahkan kepada lelaki yg meminjamkan wang kepadanya,” kata wanita yg hanya...
-
Kurang Ajar di dalam Agama Islam? Kurang Ajar hanyalah di dalam Bahasa Malaysia, penulis menerima gambar ini di dalam email penulis,