Tuesday, June 24, 2014

PANAS! Selebriti Taiwan, Jimmy Lin Bocorkan Gambar iPhone 6




Rasanya semua penggemar gadget keluaran Apple pasti dah tahu yang syarikat terkemuka ini bakal melancarkan iPhone 6 tak lama lagi. Haa, ramailah yang tengah kumpul duit kan?


Terbaru, menurut laporan Forbes, seorang selebriti Taiwan telah mendedahkan imej paling ketaradan features yang ada pada iPhone 6. Ini betul-betul rare!

Percaya atau tidak, reka bentuk terbaru iPhone 6 agak mirip dengan iPad mini tetapi saiznya agak kecil. Malah, jika diperhati betul-betul design yang digunakan kali ini amat berlainan sekali dari iPhone sebelumnya.






Menariknya, foto yang dibocorkan oleh selebriti tersebut ada kemungkinan merupakan iPhone 6 yang sebenar kerana sebelum ini selebriti ini turut mendedahkan foto iPhone 5 sebelum ia dikeluarkan.

Nampaknya,perbezaan antara iPhone 5 dan iPhone 6 amat ketara. Malah, tak melampau kiranya kami samakan reka bentuk iPhone kali ini seakan-akan sama atau lebih kurang dengan Samsung S4. Emm kalau tak percaya, cuba korang amati betul-betul.



Bagaimanapun, kami rasa iPhone 6 yang ditunjukkan oleh selebriti ini mungkin hanya reka bentuk awal dan masih lagi dalam pre-production. Anda rasa bagaimana?

Apapun, penggemar-penggemar iPhone 6 pasti dah tak sabar untuk memiliki so called gadget tercanggih setakat ini kan? Hehe, kami pun nak juga. Jadi apa lagi, jom kumpul duit beramai-ramai.

Popular Posts