PROTON Holdings Bhd akan melancarkan satu model kereta kompak pada tahun hadapan, dan menjadi model pertama penentu generasi kenderaan dari syarikat itu.
“Kereta kompak yang baru itu akan menjadi titik permulaan kepada barisan senarai model yang segar dari Proton,” jelas pengerusi eksekutif Tan Sri mohd Khamil Jamil.
“Dalam hal ini, pihak kami melihat pengeluaran kereta baru untuk kesemua segmen, sama ada segmen A, B, C atau D,” kata beliau.
“Seperti yang kami telah umumkan sebelum ini, saya fikir model baru tersebut akan dibina di kilang Tanjung Malim, Perak,” tambah beliau.
Mohd Khamil yakin yang Proton boleh mengambil semula kedudukan paling atas untuk pengeluar, dari segi jumlah jualan, dalam masa dua tahun akan datang.
“Kami bersikap positif dalam membuat “comeback” untuk kembali menjadi nombor satu dalam masa dua tahun,” jelas beliau semasa melancarkan peraduan menamakan Proton kompak yang baru, kelmarin. Peraduan Nama Siapa Hebat terbuka kepada semua warga Malaysia berumur 12 tahun ke atas.
Jelas beliau mengenai kereta baru itu, Mohd Khamil berkata: “Ianya sungguh bergaya dan kumpulan sasaran untuk model itu ialah, sesiapa yang sukakan gaya hidup aktif, dari muda hingga yang tua, malah untuk sesiapa yang ingin menaiktaraf dari kereta yang kecil.”
Dengan penyataan beliau itu, jelas yang kereta kompak itu bersaiz besar dari Perodua Viva dan Kelisa yang merupakan kereta paling kecil di atas jalan, dan lebih kurang sama besar seperti Myvi.
Mungkin ada yang keliru; Preve hatchback yang bakal dilancarkan tahun ini adalah di dalam segmen-C, dan model baru yang kompak ini adalah dalam segmen-B.
Dan mungkin kereta kompak tersebut adalah hasil akhir daripada kereta konsep Proton EMAS yang dipertontonkan di Pertunjukan Motor Geneva pada 2010; akan tetapi dinafikan oleh seorang Senior Eksekutif Proton.
Popular Posts
-
Puting Yana Samsudin Tertonjol Dalam Salah Satu Babak Adnan Sempit 3 Mungkin anda terlepas pandang sesuatu bukan? ini membuktikan yang a...
-
Memang pelik kejadian ini dan tidak nampak sedikit pun tanda ia gambar photoshop dan tiada faedahnya sesiapa pun mahu membuat hoax news d...
-
Menerusi page Rotikaya, sekeping gambar Lisa dan Fazura di muat naik oleh admin page tersebut mencetuskan kontroversi para peminat mereka ...
-
Puting Yana Samsudin Tertonjol Dalam Salah Satu Babak Adnan Sempit 3 Mungkin anda terlepas pandang sesuatu bukan? ini membuktikan yang a...
-
KUALA TERENGGANU : “Ibu suruh abang merogol saya sebelum saya diserahkan kepada lelaki yg meminjamkan wang kepadanya,” kata wanita yg hanya...
-
Kurang Ajar di dalam Agama Islam? Kurang Ajar hanyalah di dalam Bahasa Malaysia, penulis menerima gambar ini di dalam email penulis,