Sebenarnya rakyat Malaysia ni bukan nak menyebok tetapi adalah perihatin dan ingin membantu. Kita bukan ingin mencipta spekulasi demi spekulasi tetapi kita ingin memberi atau menyampaikan maklumat kepada pihak berkuasa.
Kita akur maklumat dan siasatan kita hanya terhad dihujung jari manakala siasatan pihak berkuasa berdasarkan teknologi dan sains. Selain daripada berdoa, usaha juga amat penting, selebihnya kita berserahlah kepada Allah SWT Yang Maha Kuasa pencipta alam semesta. #prayforMH370
Spekulasi demi Spekulasi.... sedikit demi sedikit terbongkar...
Isu MH370 ini semakin panas dengan perihal anak isteri kapten Zahari Ahmad Shah telah meninggalkan rumah sehari sebelum kejadian pesawat itu hilang, pelik juga, setelah hampir seminggu, ia kembali di highligh kepada seorang yang menjadi tanda tanya statusnya. Apakah sebenarnya yang berlaku?
Dilaporkan, anak isteri Kapten Zaharie keluar dari rumah itu sehari sebelum pesawat MH370 hilang. Atau dengan kata-kata lain, beberapa jam sebelum Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman 5 tahun kepada Anwar Ibrahim. Pembantu rumah berusia 38 tahun itu dalam keterangannya, memberitahu dia tidak tahu ke mana anak isteri Kapten Zaharie 'hilang'.
Sehari sebelum mereka menghilangkan diri, isteri dan tiga orang anak Kapten Zaharie bermalam di rumah kedua mereka di Subang.
Semakin menarik dan semakin kuat syak wasangka terhadap Kapten Zaharie yang telah disahkan oleh R.Sivarasa dan Saifuddin Nasution bahawa Kapten Zaharie adalah ahli fanatik dan merupakan penyokong tegar PKR dan Anwar Ibrahim.
Persoalannya, mengapa 'persediaan' untuk menyorokkan anak isterinya telah dibuat lebih awal sebelum MH370 dihilangkan? Di mana isteri dan ketiga-tiga orang anak Kapten Zaharie sekarang?
Persoalan kedua kenapa pihak dari Amerika Syarikat seperti Al-Gore yang diketahui merupakan penyokong kuat Anwar Ibrahim, bersuara dan menyatakan ketidakpercayaan terhadap Malaysia menyelesaikan isu kehilangan MH370? Apakah semua ini adalah kebetulan?