Wednesday, April 2, 2014

Lagi Gambar MH370 Tersebar (2 gambar)

Gambar tersebar di media sosial terutama Facebook dan Twitter.

Lagi gambar palsu  MH370tersebar | Sejak kehilangan MH370, banyak benar berita palsu yang disertakan gambar tersebar di media sosial terutama Facebook dan Twitter.

Sejak kehilangan MH370, banyak benar berita palsu yang disertakan gambar tersebar di media sosial terutama Facebook dan Twitter.

Bukan sedikit yang percaya hingga berkongsi berita palsu tersebut dengan orang lain dengan harapan mereka menjadi ‘orang pertama’ yang mendapat tahu berita sensasisebelum menyedari ia adalah palsu.

Kebanyakan orang yang melakukan perkara ini mahu mendapatkan ‘like’ lebih banyak pada page mereka dan dikhuatiri, sesetengahnya mungkin menjadi medium penyebaran virus.

Salah satu gambar tipu yang disebarkan di Twitter dan Facebook kononnya ia adalah gambar pesawat MH370 yang telah ditemui adalah gambar di atas.

Gambar tersebut sebenarnya bukanlah MH370 tetapi sebuah pesawat kecil yang terhempas ke dalam lagun berhampiran perairan San Francisco.

Tiga penumpang maut dalam kejadian yang berlaku pada September 2010 itu, lapor Mynewshub.

Wajah Terkini Waris Mahsuri ( 6 Gambar )


Ini adalah wajah terbaru keturunan ketujuh Mahsuri, Wan Aishah Nawawi. Wan Aishah masih nampak cantik walaupun mengenakan solekan tipis dan dia kini jua bertudung.

Dia berkahwin dengan jejaka pilihannya, Alee Tongyon kira-kira dua tahun lepas. Alee adalah seorang usahawan muda industri pelancongan. Alee merupakan rakan sekampung Wan Aishah sejak kecil.






Pasangan ini bagaimanapun mula rapat sejak Wan Aishah memasuki universiti dan mengikat tali pertunangan.

Wan Aishah, adalah anak sulung daripada dua beradik kepada pasangan Wan Nawawi Wan Hashim seorang pemandu tut-tut dan Sumaini Karim, pekerja hotel.


Genealogi :


Mahsuri
Wan Agim
Wan Hakay
Wan Hussein
Wan Hasheen / Chern Yayee
Wan Nawawi / Suwan Yayee
Wan Aishah / Sirintra Yayee


Ibunya Wan Sumaini binti Karim / Sunee Doomlak juga keturunan Mahsuri.


Wan Aishah menjadi idola rakyat Malaysia sekitar awal 90-an apabila kisahnya berjaya dijejak Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah yang kemudian disusuli Ekspedisi Melawat Phuket anjuran majalah Al-Islam pada 1998.


Ketika itu Wan Aishah baru berusia 12 tahun. Sejak itu berita mengenai penemuan waris generasi ketujuh Mahsuri itu tersebar luas terutama di Thailand dan Malaysia.


Penemuan Wan Aishah menamatkan sumpah Mahsuri ke atas Pulau Langkawi yang menjadi padang jarak padang tekukur sejak tujuh keturunan Mahsuri yang silam.


Ekoran penemuan itu, Utusan Melayu (M) Berhad mengambil daya usaha menjadikan Wan Aishah sebagai anak angkat dan mengatur beberapa program berkaitan sejarah moyangnya Mahsuri di Malaysia.


Antara yang paling menarik ialah Minggu Pengisahan Mahsuri di Pulau Langkawi yang mendapat sambutan hangat pelancong dalam dan luar negara.


Wan Aishah pernah melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tetapi cuma untuk tempoh setahun dan kembali menyambung pelajarannya di University of Bangkok dalam jurusan komunikasi.
























Popular Posts