Sunday, May 4, 2014

KES CINTA PUNYA PASAL

Ini bukan kes pertama anak remaja buat tindakan bodoh mengelar lengan semata-mata mahu tunjukkan kasih sayang dan frust pada kekasih.

Sesudah dikelar, muat naik pula gambar darah di laman sosial untuk tagih perhatian.

Diharapkan selepas ini ibu bapa pantaulah laman sosial anak masing-masing untuk pastikan tidak ada kebodohan seperti ini menimpa keluarga anda.

Saturday, May 3, 2014

Jika Memang Engkau Jodohku

“Menikahlah dengan Nini,” emak menyarankan lagi. “In Shaa Allah, dia perempuan yang solehah, dan boleh menjadi isteri yang baik kelak untuk kamu.” Ini merupakan permintaan kesekiankali emak untuk menyuruh menikah dengan gadis pilihannya. Aku hanya menunduk dan tidak berani menatap mata mak. Tak sanggup aku melihat wajah teduh emak yang pasti rautnya bakal berubah setelah aku selalu menolak permintaannya. Baru kali ini aku berat untuk mengiakan permintaan beliau.
jodohku Jika Memang Engkau Jodohku

Popular Posts