Sunday, May 4, 2014

Bertahan Hidup Selama 3 Hari Hingga

Sedih!! Bertahan Hidup Selama 3 Hari Hingga Meninggal

Sedih!! Bertahan Hidup Selama 3 Hari Hingga Meninggal

Sedih!! Bertahan Hidup Selama 3 Hari Hingga Meninggal | Sebuah kisah tentang kematian daripada seorang gadis , yang menjadi mangsa selepas berlakunya gempa dahsyat yang berlangsung pada tarikh 13 November 1985 , di Armero , Columbia .
Omayra Sanchez adalah seorang gadis cilik berusia 13 tahun yang tinggal di Armero , sebuah bandar kecil yang berpenduduk sekitar 31.000 orang.
Pada tarikh 13 November 1985 , bandar Armero yang kecil dan tenang , digoncang oleh letusan gunung berapi Nevado Del Ruiz . Saat meletus , gunung Nevado Del Ruiz menghasilkan gegaran hebat , yang meruntuhkan ribuan bangunan di Armero , dengan muntahan lahar panas , yang mengalir ke kaki gunung , membakar habis kawasan yang ditimpa aliran larva, termasuk bandar Armero yang berada di kaki gunung Nevado Del ruiz .
Sedih Bertahan Hidup Selama 3 Hari Hingga Meninggal 2 Sedih!! Bertahan Hidup Selama 3 Hari Hingga Meninggal
Malam saat bencana terjadi , Omayra yang tinggal bersama keluarganya , dikejutkan oleh kejutan dahsyat, dan melalui siaran radio mereka mendengar bahawa lahar panas sedang mengalir menuju ke tempat mereka. Semasa pelarian menyelamatkan diri, nenek Omayra terjatuh kedalam lubang saluran air . Omayra berhenti untuk menolongnya . Malang bagi gadis ini , setelah menolong neneknya , kakinya tersepit runtuhan bangunan , sehingga tidak boleh bergerak keluar .
Sedih Bertahan Hidup Selama 3 Hari Hingga Meninggal 3 Sedih!! Bertahan Hidup Selama 3 Hari Hingga Meninggal
Pasukan penyelamat yang datang tidak dapat menariknya keluar dan memerlukan jentera untuk mengalih puing runtuhan, dan di saat itu air mula mengalir keluar dari lubang saluran air. Bebarapa puing runtuhan semakin menghimpit Omayra , keluarga dan beberapa penduduk menemaninya sambil menunggu pasukan penyelamat yang membawa peralatan yang boleh mengangkat sisa runtuhan yang menghimpitt Omayra .
Selama tiga hari pasukan penyelamat tidak kunjung tiba, air telah meningkat hingga paras leher Omayra , selama itu , siang dan malam , orang – orang di sekitarnya berusaha menguatkannya dengan menghiburnya, mengajaknya bernyanyi , dan membantunya mengatasi ketakutan .
Pada hari ketiga , masih tersepit dalam runtuhan dan dalam rendaman air separas leher , Omayra mula berhalusinasi ia berkata bahawa ia terlambat untuk pergi ke sekolah. Tidak berapa lama kemudian ia meminta orang – orang di sekitarnya untuk meninggalkannya agar ia dapat berisitirahat .
Sedih Bertahan Hidup Selama 3 Hari Hingga Meninggal 4 Sedih!! Bertahan Hidup Selama 3 Hari Hingga Meninggal
Tak lama kemudian ia meninggal akibat gangrene pada lukanya , dan juga hypothermia akibat terendam air selama berhari – hari .
Televisyen yang datang untuk membuat liputan gempa , juga menyiarkan liputan mengenai keadaan Omayra , ke seluruh dunia . Gambar yang anda saksikan diambil sebelum ia meninggal , dan disiarkan tidak lama setelah ia meninggal . Cristina Echandia seorang wartawan mengatakan, untuk seorang anak seusianya , Omayra cukup tabah menghadapi keadaannya, hingga ajal menjemputnya

9 Perkara Yang Membatalkan 2 Kalimah Syahadah Dan Iman

9 Perkara Yang Membatalkan Kalimah 2 Syahadah Dan Iman9 Perkara Yang Membatalkan 2 Kalimah Syahadah Dan Iman | Sesungguhnya banyak perkara yang boleh membatalkan Iman atau Syahadah. Rosak iman maka sia-sialah amalan kita. Untuk menjaga iman, wajiblah kita mengetahui serta menghindari perkara yang boleh merosakkan akidah. Antaranya:
Pertama. Mempersekutukan Allah (syirik). Meminta doa atau pertolongan dari orang yang telah mati atau bernazar dan menyembelih korban demi mereka adalah perbuatan syirik. Firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang yang mempersekutukan Allah, nescaya Allah akan mengharamkan syurga baginya. Tempat tinggal mereka (kelak) adalah neraka dan tiada penolong bagi mereka yang zalim.”
Kedua. Menjadikan sesuatu sebagai perantaraan antara diri kita dengan Allah dengan meminta doa atau syafaat serta berserah diri (tawakkal) kepada benda tersebut. Para ulama (ijma) sepakat mengatakan sapa yang melakukannya adalah kafir.
Ketiga. Tidak mengkafirkan orang musyrik (kafir) atau ragu dengan kekafiran mereka ataupun membenarkan fahaman mereka. Menganggap agama-agama lain sama seperti agama Islam.
Firman Allah yang bermaksud:
“Barang siapa yang menghendaki selain dari Islam sebagai agama (cara hidup) maka tidak akan diterima agama darinya dan akhirat kelak dia tergolong dalam golongan yang rugi.”
Keempat. Tidak yakin bahawa tuntutan Nabi Muhammad saw dan hukum Islam (hudud) itu lebih sempurna. Mereka mengutamakan hukum ciptaan manusia dan meninggalkan hukum Allah. Antara contohnya ialah:
a. Berkeyakinan bahawa perundangan yang diciptakan manusia itu lebih sesuai dan adil dari hukum Allah untuk dunia moden ini. Berkeyakinan bahawa syariat Islamlah yang membuatkan orang Islam itu mundur.
b. Berpendapat bahawa melaksanakan hukum Allah seperti memotong tangan pencuri atau merotan penzina, merejam penzina (berkahwin) itu kejam dan tidak sesuai lagi.
c. Menghalalkan apa yang haram oleh Allah dan mengharamkan apa yang halal oleh Allah. Menghalalkan zina, arak, judi serta penggunaan perundangan lain selain syariat Allah. Ulama (ijma) bersepakat perbuatan itu kufar.
Kelima. Membenci sesuatu yang ditetapkan oleh Allah dan Rasulullah saw walaupun diamalkan. Firman Allah yang bermaksud:
“Demikian itu adalah kerana mereka membenci terhadap apa yang diturunkan oleh Allah, maka Allah menghapuskan segala amalan (pahala) mereka.
Keenam. Memperolok-olok terhadap sesuatu dari Allah dan ajaran Rasulullah sawatau terhadap pahala dan seksaan yang telah menjadi ketetapan agama. Firman Allah yang bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad) terhadap Allahkah dan ayat-ayatNya serta rasulNya kamu memperolok-olok? Tiada erti kamu meminta maaf, kerana kamu kafir setelah beriman.”
Ketujuh. Sihir, ilmu hitam atau ilmu guna-guna untuk kebencian dan kecintaan seseorang atau merosakkan hidua seseorang. Allah berfirman yang bermaksud:
“Sedang kedua malaikat itu tidak mengajarkan (sihir) kepada seseorang pun sebelum mengatakan, sesungguhnya kami hanya cubaan bagimu, sebab itu janganlah kamu kafir.”
Kelapan. Membantu orang kafir yang memusuhi kaum muslimin atau memilih orang kafir sebagai pemimpin. Firman Allah yang bermaksud:
“Barang siapa diantara kamu mengambil mereka (yahudi, nasrani atau kafir) menjadi pemimpin kamu makansesungguhnya dia tergolong dalam golongan mereka (kafir). Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang zalim.”
Kesembilan. Berpaling dari Islam keseluruhannya, tanpa mempelajari dan melaksanakannya. Firman Allah yang bermaksud:
“Tiada yang lebih zalim daripada orang yang mendapat peringatan melalui ayat-ayat Tuhannya kemudian ia berpaling darinya. Sesungguhnya kami akan menimpa balasan kepada orang yang berdosa.

Popular Posts