Thursday, March 6, 2014

Inilah Gambar buku Ultraman The Ultra Power yang diharamkan KDN (Kementerian Dalam Negeri) 2014

Kementerian Dalam Negeri mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku 'Ultraman The Ultra Power', yang didapati mengandungi unsur-unsur mungkin memudaratkan ketenteraman awam.



Gambar Ultraman Hiasan


Buku " Ultraman The Ultra Power " telah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri kerana mengandungi unsur-unsur yang agak menyesatkan. Unsur-unsur yang menyesatkan ialah menggelar Elder of Ultraman sebagai Allah. Berikut adalah gambar daripada buku yang diharamkan


Mengikut kenyataan kementerian itu hari ini, warta larangan itu berkuat kuasa 18 Feb lepas mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

"Adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan," menurut kenyataan itu.

Mereka yang disabitkan melakukan kesalahan itu boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

Sumber: astroawani

Popular Posts