Friday, April 4, 2014
Pemuas n@fsu bapa saudara, gadis hamil 8 bulan
HUTAN MELINTANG - Seorang gadis yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) bukan sahaja menjadi tempat melampiaskan nafsu bapa saudaranya sendiri malah turut mengandung lapan bulan hasil hubungan terlarang itu.
Suspek yang merupakan seorang gelandangan itu melakukan perbuatan terkutuk terhadap gadis berusia 24 tahun itu di sebuah kebun kelapa di Kampung Tebuk Pangkor, Batu 23, Selekoh, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, pada 31 Mac lalu kira-kira 3 petang, ketua kampung dimaklumkan oleh adik mangsa yang kakaknya mengandung walaupun belum berkahwin.
Menurutnya, ketua kampung kemudiannya bertanya mengenai dakwaan tersebut kepada mangsa dan gadis itu memberitahu telah melakukan hubungan seks dengan bapa saudaranya sebelum satu laporan polis dibuat berhubung kejadian tersebut.
“Mangsa tidak mengetahui bila kejadian itu hanya mengingati ia berlaku pada waktu tengah hari apabila suspek datang berjumpanya dan memberikan wang sebanyak RM2 sebelum mengajaknya melakukan hubungan seks di kebun.
“Mangsa yang terencat akal mengikut suspek masuk ke kebun dan melakukan hubungan seks,” katanya.
Kok Liang berkata, mangsa telah dirujuk ke Hospital Teluk Intan dan doktor mengesahkan gadis itu mengandung lapan bulan.
Jelasnya, suspek yang berusia 50 tahun berjaya ditahan anggota polis di Batu 23, Jalan Bagan Datoh, Selekoh.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan dan hasil ujian air kencing pula mendapati suspek negatif dadah,” katanya.- Gambar hiasan
Beliau berkata, bagaimanapun, bapa mangsa yang merupakan pengadu ketika itu menarik semula laporan polis dibuat bagi kes berkenaan.
Popular Posts
-
Puting Yana Samsudin Tertonjol Dalam Salah Satu Babak Adnan Sempit 3 Mungkin anda terlepas pandang sesuatu bukan? ini membuktikan yang a...
-
Memang pelik kejadian ini dan tidak nampak sedikit pun tanda ia gambar photoshop dan tiada faedahnya sesiapa pun mahu membuat hoax news d...
-
Menerusi page Rotikaya, sekeping gambar Lisa dan Fazura di muat naik oleh admin page tersebut mencetuskan kontroversi para peminat mereka ...
-
Puting Yana Samsudin Tertonjol Dalam Salah Satu Babak Adnan Sempit 3 Mungkin anda terlepas pandang sesuatu bukan? ini membuktikan yang a...
-
KUALA TERENGGANU : “Ibu suruh abang merogol saya sebelum saya diserahkan kepada lelaki yg meminjamkan wang kepadanya,” kata wanita yg hanya...
-
Kurang Ajar di dalam Agama Islam? Kurang Ajar hanyalah di dalam Bahasa Malaysia, penulis menerima gambar ini di dalam email penulis,