Tuesday, June 24, 2014

Elfira Loy Terima Mesej Istimewa Daripada Tun Mahathir. Awesome!





Tolak tepi soal pegangan politik sebab saya bukan mahu bicara soal itu. Kalau mahu cerita pasal politik, rasanya anda sudah tersalah portal. Heh!


Cuma, apa yang pasti, saya rasa ramai yang sememangnya mengagumi kewibawaan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin.

Disebabkan itu, saya rasa teramatlah cemburu (cemburu habis ok!) dengan si pelakon comel, Elfira Loy kerana dia telah menerima mesej istimewa daripada role model saya. Siap boleh selfie lagi! Tapi, apa agaknya pesanan Tun Mahathir kepada Elfira ya?





Mesej ringkas daripada Tun Mahathir untuk Elfira Loy

Rupa-rupanya, bukan saya seorang sahaja yang cemburu, malah ramai lagi peminat yang jealousdengan Elfira disebabkan perkara ini.

Iyalahkan, bukan mudah nak beramah mesra dengan insan seperti Tun Mahathir dan peluang yang diperolehi Elfira menerusi rancangan The Bucket List seharusnya tidak akan dilepaskan.



Tapi, kalau anda nak tahu, banyak lagi senarai tugasan yang menanti Elfira dan kebanyakannya dilakukan demi mengatasi kelemahan diri sendiri.

Apa agaknya cabaran yang perlu ditempuhi Elfira? Kenalah tengok sendiri program tersebut yang bersiaran menerusi TV9, setiap hari Ahad jam 7.30 malam.

Popular Posts