Saturday, June 7, 2014

Sistem AES pungut saman berjumlah RM885,600.00 dalam tempoh 2 hari?

Saya tidak pasti sama ada maklumat ini benar atau pun tidak, tetapi menurut sumber yang boleh dipercayai, Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) fasa pertama yang dipasang di 14 lokasi panas di negeri Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah berjaya mengutip saman berjumlah RM885,600.00 dalam tempoh masa hanya 2 hari, dengan andaian setiap saman dikenakan jumlah bayaran RM300.00.


Dikatakan sebanyak 2,952 keping imej pesalah lalu lintas telah berjaya dirakamkan di 14 lokasi tersebut dalam tempoh dua hari, termasuk di lokasi yang mempunyai laluan lurus dengan kelajuan maksimum ditetapkan 60 km/j. Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan baru-baru ini, sejumlah 817 unit kamera AES akan dipasang di seluruh negara dalam fasa kedua tidak lama lagi.

Apa yang mengejutkan berkenaan keberkesanan penggunaan sistem AES ini ialah kemampuannya untuk merakamkan begitu banyak gambar kenderaan yang melakukan kesalahan trafik lalu lintas dalam tempoh yang begitu singkat. Ini memberikan gambaran awal bahawa lebih banyak pemandu kenderaan akan menerima saman selepas ini apabila 817 lokasi lagi di seluruh negara di pasang kamera AES



Antara kenderaan yang sesuai digunakan bagi mengelakkan saman dari sistem AES.

aAntara lokasi panas yang dijangkakan mengeluarkan banyak saman kepada pemandu ialah di laluan lurus dengan had maksimum kelajuan 60 km/j dan 80 km/j. Kebanyakan pemandu menghadapi kesukaran untuk mematuhi had laju di bawah kedua-dua had maksimum tersebut, terutamanya di laluan lurus, apatah lagi apabila memandu kenderaan berkuasa tinggi seperti Proton Preve CFE dan Ford Focus hatchback serba baru.

p/s : Kalau sebulan dapat dua tiga keping surat saman?????

Popular Posts