Friday, June 13, 2014

Taylor Swift gegar Kuala Lumpur




FIGURA bertubuh langsing ini cukup teruja apabila meraih reaksiyang amat memberangsangkan daripada lebih 10,000 audiens yang membanjiri konsertnyadi Kuala Lumpur
.
GEMURUH laungan dan jeritan lebih 10,000 audiens yang hadir membelah kelam ruang atmosfera Stadium Putra pada malam Rabu lalu, kedengaran agak sayup daripada pintu belakang stadium tertutup yang terletak berhampiran dengan Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu.

Penonton yang hadir pada malam tersebut berkongsi matlamat yang sama -meluap-luap keinginan mahu menonton penyanyi kesayangan mereka, Taylor Swift secara langsung menerusi konsert jelajah keempatnya, The Red Tour.

Namun, pihak media yang dijemput khusus untuk hadir bagi menyaksikan konsert berkenaan tidak dibenarkan masuk sehingga penyanyi dari Pennsylvania, Amerika Syarikat itu melantunkan lagu pertamanya, State of Grace pada 30 saat yang terakhir.

Atas arahan pengurusan artis sendiri, pihak media terpaksa akur.

Namun, tatkala diiring masuk oleh pihak penganjur ke kotak media (media box) dan dibiarkan bebas untuk menikmati konsert tersebut, anak mata terus terpaku pada sosok tubuh genit yang mengenakan kombinasi kemeja putih serta celana pendek hitam dan kasut merah menyala itu.

Ya, ia suatu realiti. Taylor Swift kini berada di bumi Malaysia, di Kuala Lumpur buat julung-julung kalinya.

Dan dia muncul menggegarkan pentas konsertnya itu dengan melompat lincah mengikut ritma muzik serta paduan gempa sorakan mega riuh daripada lautan audiens yang ternyata begitu bertenaga dan teruja menyaksikan kemunculannya.

Aura bintang yang ada pada penyanyi berusia 24 tahun itu sememangnya kuat dan sukses merasuk peminat yang hadir untuk ikut serta menyanyi dan menari bersamanya.


Popular Posts