Ariel Noah Gembira Kekasih Sudah Peluk Islam - VOKALIS kumpulan Noah, Ariel, 32, dilihat gembira dengan khabar mengenai kekasihnya, Sophia Mueller, 43, yang kini sudah memeluk agama Islam.
Namun, ketika diminta memberi komen mengenai perkara itu, Ariel hanya menjawab ‘nice (bagus)’ sahaja, memetik laporan Kompas.
Ramai yang mengandaikan Sophia memilih untuk memeluk Islam kerana mahu mendirikan rumahtangga bersama jejaka itu.
Bagaimanapun, ia dinafikan oleh penyanyi dan model ini yang mengatakan ia berlaku kerana dirinya sendiri dan bukan kerana Ariel.
“Saya menjadi mualaf bukan kerana sesiapa. Ini adalah hubungan saya dengan Tuhan, bukan kerana mahu apa-apa,” ujarnya.
Sophia sebelum ini pernah gagal dalam rumahtangganya sebanyak dua kali.
Biar pun perbezaan usia antara dia dan Ariel agak ketara, namun ia bukanlah penghalang untuk kedua-duanya bersatu jika itu ketentuan-Nya…