Friday, May 16, 2014

KENA BANTAI KOW2 KELUARKAN GAMBAR PENYANYI TERLAMPAU!!




Hari ini ada seekor dua mangkuk hayun bantai Kjee kow2 sebab keluarkan gambar2 artis yang berkelakuan terlampau tu. Gambar2 tu sebenarnya, dihantar oleh seseorang melalui email. Kjee yakin beliau antara mereka yang menghadiri majlis berkenaan.


Kjee tak kesah langsung orang tu nak kata Kjee keji dan sebagainya. Kjee rasa Kjee tahu siapa yang menghantarnya komen2 tersebut. Mungkin dia ada kena mengena dengan penyanyi terlampau tu.
Cuma satu sahaja Kjee nak nasihatkan mereka yang marah2 Kjee...kalau awak rapat dan baik dengan minah berkenaan, beritahu dia supaya bertaubat! Bukan Kjee yang disuruh bertaubat!
Jangan ingat apa yang dia orang buat di dunia ini terlepas. Takkan sebab nak cari rezeki yang halal, anda ada pasport buat benda2 yang haram!
Kjee tak tulis apa2 pun untuk entry itu walaupun gatal tangan ni nak buat entry bersama gambar tersebut Rabu lalu. Tetapi Kjee rasa, biarlah gambar itu sendiri yang menceritakan segala2nya.

Popular Posts